Nokia Memperkenalkan Lumia 510 Secara Rasmi

Nokia Memperkenalkan Lumia 510 Secara Rasmi

Diterbitkan pada Okt 23, 2012 oleh .

Setelah pelbagai ura-ura dan laporan sebelum ini, hari ini, Nokia secara rasminya memperkenalkan peranti terbaru dibawah kategori mampu milik, iaitu Nokia Lumia 510, yang mana didatangkan bersama-sama Windows Phone.

Telefon pintar yang menggunakan skrin WVGA bersaiz 4.0-inci, cip pemprosesan 800Mhz Snapdragon S1, memori sebanyak 256MB RAM, dan juga 4GB storan terbina ini dijangka akan mula dijual di China, India, dan diikuti beberapa negara di Asia Pasifik bermula bulan November kelak.

Lumia 510 turut sama dilengkapi dengan kamera belakang 5-megapixel, bateri berkapasiti 1300mAh, dan juga disertakan bersama-sama dengan storan percuma sebanyak 7GB melalui SkyDrive.

Daripada spesifikasi sendiri, ia kelihatan Nokia mensasarkan kepada pasaran negara membangun, disamping membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan dan mengguna telefon pintar dengan ciri-ciri asas seperti pelayaran web, akses laman sosial, dan beberapa lain, pada harga yang berpatutan.

Ia kini menggunakan Windows Phone 7.5, dan mungkin kemaskini Windows Phone 7.8 akan diperkenalkan. Beberapa laporan mengatakan ia juga dijangka akan dijual terus menggunakan Windows Phone 7.8 padanya.


TIPS & ULASAN