EA Memperlihatkan Sokongan Kawalan Suara Melalui Kinect Untuk NFS Most Wanted

EA Memperlihatkan Sokongan Kawalan Suara Melalui Kinect Untuk NFS Most Wanted

Diterbitkan pada Okt 23, 2012 oleh .

Selain daripada beberapa video promosi sebelum ini, hari ini, EA memuat-naik video terbaru ke saluran YouTube mereka, dimana melaluinya, memperlihatkan sokongan kawalan suara pada permainan NFS Most Wanted yang mana dibawakan melalui integrasi Kinect.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia membolehkan para pengguna mengawal menu permainan dengan menggunakan suara, disamping membuat beberapa gerakan seperti melihat sekeliling ketika memandu dan sebagainya, dengan hanya menggunakan suara.

Memandangkan ia menggunakan sokongan Kinect, maka hanya pengguna Xbox 360 sahaja akan menikmati fungsi ini. Ia masih tidak diketahui sama ada Kinect untuk Windows akan turut menyokongnya ataupun tidak.

Need For Speed Most Wanted bakal dilancarkan secara berperingkat mengikut benua bermula daripada 30 Oktober ini, dan akan ditawarkan untuk PC, PlayStation 3 dan juka Xbox 360. Permainan khas untuk Android dan juga iOS turut sama akan diperkenalkan oleh EA.


TIPS & ULASAN