Apple Bakal Tayangkan Acara Pengumuman iPad Mini Melalui Apple TV

Apple Bakal Tayangkan Acara Pengumuman iPad Mini Melalui Apple TV

Diterbitkan pada Okt 23, 2012 oleh .

Salah satu kekurangan sehingga ke hari ini adalah dimana para pengguna biasa tidak boleh mengikuti acara Apple melalui web ataupun medium lain. Namun, ia kini berubah, dengan acara Apple yang bakal diadakan sekitar pukul 1.00 pagi kelak akan ditayangkan secara langsung melalui Apple TV di seluruh dunia.

Bagi para pengguna Apple TV, anda mungkin akan perasan menu baru yang dinamakan sebagai Apple Special Event – LIVE. Ia masih tidak diketahui adakah Apple akan membuat perkara sama melalui web ataupun tidak.

Pada acara yang bakal dimulakan pukul 1.00 pagi waktu tempatan kelak, Apple dijangka akan mengumumkan iPad Mini, iaitu tablet bersaiz sekitar 7.85-inci daripada mereka, selain turut dijangka akan membawakan beberapa perkara lain bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN