Dengan Windows 8, salah satu fokus baru yang dibawakan oleh Microsoft adalah penggunaan aplikasi yang ditawarkan melalui Windows Store, dan mengambil peluang untuknya, kini Google menyediakan sebuah aplikasi khas untuk para pengguna Windows 8.
Seperti biasa, ia mengekalkan rekabentuk minimalis daripada Google, disamping mengintegrasikan elemen-elemen daripada antaramuka ModernUI (Metro) yang digunakan pada Windows 8.
[amanz-gallery]
Daripada aplikasi tersebut, ia menawarkan kemudahan untuk membuat carian, dan mengakses kepada hasil carian dengan mudah dan pantas. Ia juga menyertakan sokongan carian menggunakan suara, disamping mengintegrasikan carian Google terus ke Search Charm yang terdapat pada Windows 8.
Windows 8 bakal dilancarkan secara global pada hari Jumaat ini, namun bagi sesiapa yang lebih awal telah pun mula menggunakannya, boleh memuat-turun aplikasi Google untuk Windows 8 ini daripada Windows Store secara percuma hari ini.