Selain daripada menayangkannya pada AppleTV, kini kelihatan Apple turut sama mengemaskini halaman web mereka, dimana bakal menawarkan tayangan secara langsung untuk acara pengumuman yang dinantikan ramai.
Ini bakal menjadi kali pertama Apple membawakan tayangan langsung untuk acara pengumuman mereka, selepas selama ini hanya sekadar menyediakan video pengumuman selepas lebih kurang sehari selepas pengumuman.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh menonton ianya secara langsung bermula daripada pukul 1.00 pagi kelak (24 Oktober), dan anda diperlukan untuk menggunakan QuickTime untuknya, selain menggunakan pelayar web Safari pada Mac OS X 10.6 ataupun pada iOS 4.2 dan terkini, serta menggunakan QuickTime pada Windows.