Samsung Dan LG Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar 1080p Pada Tahun Hadapan?

Samsung Dan LG Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar 1080p Pada Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada Okt 24, 2012 oleh .

Selepas HTC memperkenalkan HTC J Butterfly dengan paparan 1080p padanya, kini ia dilaporkan Samsung dan jug LG turut sama akan hadir dengan telefon pintar menggunakan resolusi paparan yang sama pada tahun hadapan- 2013.

Samsung Display dan juga LG Display dikatakan sedang aktif dalam membangunkan telefon pintar 1080p untuk dijual pada tahun hadapan, sekaligus memberikan saingan hebat kepada HTC J Butterfly.

Mungkin dengan arena persaingan industri telefon pintar yang agak hebat akhir-akhir ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih ramai pengeluar hadir dengan telefon pintar dengan paparan 1080p pada tahun hadapan.

Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN