Cari @ Amanz

Selepas bulan lepas Tim Cook berkongsi beberapa statistik semasa berkaitan dengan syarikat dan produk keluaran mereka, hari ini, beliau sekali lagi berkongsi beberapa angka menarik bersama para pengguna seluruh dunia.

Apple, seperti semua sedia maklum telah memperkenalkan iOS 6 pada bulan lepas, dan hari ini, terdapat lebih 200 juta peranti yang menjalankannya. Selain daripada kemaskini semasa, angka ini turut menyertakan lebih 3 juta iPod generasi baru yang telah terjual sehingga ke hari ini, serta iPhone 5 yang mencapai lebih 5 juta unit jualan pada minggu pertama jualannya.

Pada masa yang sama, perkhidmatan permesejan iMessage juga kelihatan semakin popular dikalangan pengguna Apple, dimana lebih 28,000 mesej dihantar setiap saat, menjadikan jumlah mesej yang telah dihantar melangkaui 300 juta iMessage.

Bercakap mengenai aplikasi pula, kini terdapat lebih 275,000 aplikasi untuk iPad, dan para pengguna seluruh dunia telah memuat-turun lebih 35 billion aplikasi daripada AppStore.

Memandangkan Apple turut memperkenalkan iBook versi baru hari ini, maka daripada statistik semasa yang dikongsikan, Apple mengatakan terdapat lebih 1.5 juta buku di AppStore, dengan lebih 400 juta telah dimuat-turun sehingga ke hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd