Cari @ Amanz

Bagi para pengguna iPad, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah iBooks. Hari ini, Apple mengumumkan versi baru iBooks untuk para pengguna iOS, membawakan bersama beberapa fungsi baru padanya yang amat berguna.

iBooks baru menyertakan sokongan mentatal tanpa had, memudahkan lagi pembacaan oleh para pengguna, tanpa perlu membuat gerakan lain. Ia juga turut diintegrasikan dengan sokongan iCloud, memudahkan anda mengikuti pembacaan pada pelbagai peranti iOS daripada lokasi terakhir pembacaan anda.

Sama seperti kebanyakkan aplikasi lain, iBooks turut kini membawakan sokongan sosial, membolehkan anda berkongsi terus ke Facebook dan Twitter terus daripada aplikasi berkenaan. Sokongan bahasa juga turut ditambah, membawakan sokongan kepada lebih 40 bahasa, termasuk bahasa Korea, Jepun dan Cina.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd