Cari @ Amanz

Macbook Pro paling nipis buat masa iniSeperti yang dilaporkan sebelum ini, Apple telah pun memperkenalkan kemaskini kepada keluarga MacBook Pro bersaiz 13-inci, membawakan sokongan paparan retina padanya, selain beberapa sokongan tambahan untuk komputer riba OS X tersebut.

Ia membawakan beberapa ciri-ciri seperti MacBook Pro Retina bersaiz 15-inci, dimana pada saiz skrin 13.3-inci, ia menyertakan paparan 2560×1600 pixel, menjadikan jumpah PPI pada kadar 227PPI. Ia turut menyertakan sama dua port Thunderbolt, dan juga dua portUSB 3.0 padanya. Sokongan HDMI dan kad-SD turut disertakan pada MacBook Pro 13-inci ini, selain kamera FaceTime HD.

Dari segi spesifikasi dalaman, ia hanya sekadar membawakan sokongan grafik melalui Intel Integrated HD 4000. Mungkin ia akan serba sebanyak memberikan kesan pada prestasi berbanding MacBook Pro Retina 15-inci, apatah lagi dengan sokongan resolusi tinggi. Ia dikatakan ia dapat beroperasi selama 7 jam pada kuasa bateri.

Ia akan ditawarkan dalam beberapa pilihan, termasuk pilihan cip pemprosesan 2.5GHz Intel Core i5, 8GB RAM dan 128GB SSD untuk spesifikasi paling asas.

MacBook Pro Retina 13-inci ini dijual pada harga bermula RM5299 untuk pasaran tempatan, dan boleh ditempah dan dibeli melalui Apple Store Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd