Cari @ Amanz

Selain daripada pengenalan MacBook Pro Retina bersaiz 13-inci, Apple turut sama memperkenalkan sistem perkomputeran mampu milik mereka, iaitu Mac Mini, yang dikemaskini dengan beberapa spesifikasi baru padanya.

Mac Mini yang dikemaskini ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras Intel Core i5 2.5Ghz, memori sebanyak 4GB RAM, sokongan GPU melalui Intel HD 4000, serta ruangan storan sebanyak 500GB padanya. Pilihann untuk dijadikan komputer pelayan (server) turut disediakan oleh Apple.

Kedua-dua versi, iaitu versi biasa dan juga untuk pelayan boleh didapati bermula hari ini daripada halaman rasmi Apple. Daripada halaman Apple Store Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM1899, bergantung kepada pilihan spesifikasi oleh pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd