Cari @ Amanz

Semestinya, dengan pengumuman berkaitan dengan Mac Mini dan juga MacBook Pro, salah satu perkara yang tidak boleh dilupakan adalah iMac baru. Apple memperkenalkan iMac baru mereka, yang mana membawakan rekabentuk amat nipis berbanding dengan sebelumnya.

iMac generasi baru ini didatangkan dalam dua pilihan saiz skrin, iaitu 27-inci (dengan paparan 2560×1440 pixel) ataupun dalam pilihan 21.5-inci (pada paparan 1920×1080 pixel). Kedua-duanya membawakan rekabentuk yang amat nipis, selain mana turut menyertakan Apple Fusion Drive padanya.

Apple Fusion Drive = gabungan penggunaan HDD dan SDDApple Fusion Drive adalah gabungan penggunaan cakera keras biasa dan juga SDD oleh Apple pada iMac, menawarkan kepantasan sistem operasi, dan juga ruangan yang besar untuk digunakan.

Untuk iMac generasi baru ini, Apple memberikan pilihan Fusion Drive melalui penggunaan 128GB SSD dan pilihan cakera keras dalam bentuk 1TB atau 3TB. Ia turut dilengkapi dengan sokongan asas seperti USB 3.0, dan beberapa yang lain. Dari segi cip pemprosesan pula bermula daripada Intel Core i5 2.7GHz.

Harga jualan tempatan masih tidak diketahui buat masa ini memandangkan Apple sedang mengemaskini Apple Store Malaysia. Kami akan mengemaskininya sebaik sahaja mendapat tahu harga jualan tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd