Salah satu perkara yang tidak boleh disangkal adalah tablet daripada Apple, iaitu iPad merupakan antara yang terbaik di pasaran, dan mempunyai angka pengunaan yang tinggi. Tim Cook hari ini berkongsi mengatakan sehingga kini, lebih 100 juta iPad telah terjual diseluruh dunia.
Perkara ini sekaligus memberikan cabaran kepada pengeluar komputer lain diseluruh dunia, dimana daripada statistik yang diperlihatkan, angka penjualan iPad adalah lebih tinggi berbanding komputer peribadi.
Apple juga turut berkongsi mengatakan trafik pelayaran web daripada tablet yang utama datangnya daripada iPad, manakal tablet lain dipasaran hanya meliputi lebih kurang 5% sahaja.