Dengan pelbagai pengeluar yang mengeluarkan tablet dengan spesifikasi tinggi, nampaknya ia turut memberikan kesan kepada Apple, dimana hari ini, mereka turut sama mengumumkan tablet generasi ke-empat mereka, dalam tempoh kurang setahun daripada generasi ketiga diperkenalkan pada awal tahun ini.
[amanz-gallery]
Seperti biasa, ia membawakan skrin bersaiz 9.7-inci, sama seperti iPad-iPad sebelum ini. Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan A6X yang membawakan prestasi pemprosesan dan grafik 2 kali ganda berbanding sedia ada, disamping mengekalkan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam.
Ia turut dikemaskini dengan menggunakan port Lightning – sama seperti yang terdapat pada iPhone 5 dan iPod Touch 5. Sokongan LTE turut diperluaskan, selain kamera FaceTime HD untuk panggilan video.
iPad generasi baru ini masih mengekalkan harga jualan sama, iaitu bermula RM1499 bergantung kepada pilihan storan dan sokongan rangkaian.