Cari @ Amanz

iPad = 9.7-inci; iPad Mini = 7.9-inciPara pengguna dan peminat teknologi semestinya menantikan pengumuman iPad Mini oleh Apple, dan kini mereka telah pun melakukannya secara rasmi, memperkenalkan iPad Mini bersaiz 7.9-inci kepada umum dengan resolusi 1024×768 pixel.

Berbeza dengan iPad generasi ke-empat yang membawakan spesifikasi tinggi, iPad Mini hanya sekadar membawakan cip pemprosesan dwi-teras Apple A5, kamera 5-megapixel, sokongan LTE (pilihan), dan menggunakan port Lightning padanya. Dari segi harga pula, ia diletakkan pada harga $329, dimana di Malaysia mungkin sekitar RM1000. iPad Mini juga dikatakan membawakan masa penggunaan sekitar 10 jam padanya.

Dari segi rekabentuk, iPad Mini lebih 23% nipis dan 53% ringan berbanding iPad sedia ada. Apple juga mengatakan peranti ini boleh dikendalikan menggunakan satu tangan, dan menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih menarik berbanding tablet Android.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah akan dijual di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd