Facebook, sebagai laman sosial terkemuka dunia, nampaknya masih tidak terjejas dengan pelbagai persaingan termasuk dari Twitter dan juga Google+, dimana terkini melalui laporan suku tahun terbaru, Facebook mengumumkan terdapat lebih 1.01 billion pengguna pada 30 September 2012 yang lepas.
Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 26% berbanding tahun lepas, salah satu angka yang positif untuk Facebook. Pada masa yang sama, ia juga turut dikongsikan, Facebook mempunyai secara purata, lebih kurang 584 juta pengguna harian, dan 604 juga pengguna melalui peranti mudah-alih untuk bulanan.
Dari segi pendapatan, Facebook mengumumkan ia menjana sebanyak $1.26 billion pada suku tahun yang lepas, dan sebanyak 13% daripadanya adalah dari pengguna peranti mudah-alih.