Microsoft Mempertontonkan Iklan Video Untuk Windows 8

Microsoft Mempertontonkan Iklan Video Untuk Windows 8

Diterbitkan pada Okt 24, 2012 oleh .

Dengan pelancaran Windows 8 yang semakin hampir, kini Microsoft telah pun memuat-naik beberapa iklan televisyen mereka yang bakal digunakan sebagai kempem pemasaran untuk bulan-bulan akan datang di lebih 42 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Sebanyak 4 iklan video disediakan oleh Microsoft yang mana akan ditayangkan berbeza mengikut negara, bergantung kepada budaya sesebuah negara itu sendiri.

Windows 8 bakal dilancarkan secara rasminya 26 Oktober 2012 ini oleh Microsoft, yang mana akan memberikan nafas baru kepada sistem operasi mereka, membawakan antaramuka baru, dan dioptimasikan untuk pengguna tablet dan skrin sentuh, selain pengguna desktop biasa.


TIPS & ULASAN