Permainan Upin & Ipin Dash Bakal Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS

Permainan Upin & Ipin Dash Bakal Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada Okt 24, 2012 oleh .

Sebelum ini, LesCopaque telah pun sedia memperkenalkan dua permainan Upin & Ipin untuk para pengguna iOS, dan nampaknya, tidak lama lagi, mereka bakal hadir dengan permainan baru dinamakan sebagai Upin & Ipin Dash, serta masih eksklusif untuk pengguna iOS.

Daripada paparan skrin yang diperlihatkan, ia kelihatan Upin & Ipin Dash bakal membawakan permainan seumpama Subway Surfer, memerlukan para pemain bersaing untuk siapa yang boleh bertahan paling lama, dimana permainan menjadi semakin lama semakin laju.

Les Copaque sekadar berkongsi mengatakan permainan tersebut akan diperkenalkan tidak lama lagi untuk iPhone dan iPad, tanpa memberikan sebarang tarikh pasti untuknya.

Tips awal daripada @Piratz


TIPS & ULASAN