Asus Taichi Akan Mula Dipasarkan Bermula Bulan Hadapan

Asus Taichi Akan Mula Dipasarkan Bermula Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Okt 24, 2012 oleh .

Dalam pelbagai peranti Windows 8 yang dikeluarkan Asus, salah satu yang menarik perhatian ramai adalah Asus TAICHI, yang mana membawakan sokongan dwi-skrin, membolehkan ia digunakan sebagai komputer riba, dan juga tablet (apabila ditutup).

Setelah memperlihatkannya beberapa bulan sebelum ini, kini, ia diketahui Asus bakal memasarkannya bermula bulan November ke pasaran seluruh dunia.

Asus Taichi didatangkan dalam pilihan 11-inci dan juga 13-inci, dimana untuk Asus Taichi versi asas, ia didatangkan dengan cip pemprosesan Intel Core i5-3317U, memori sebanyak 4GB RAM dan juga ruangan storan sebesar 128GB SSD. Ia turut sama dilengkapi dengan kamera 5-megapixel, dua port USB 3.0 dan juga sokongan Bluetooth 4.0 padanya.

Harga jualan tempatan masih tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin akan diumumkan pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN