Jelly Bean Versi Pembangunan Untuk Galaxy Note Tertiris Ke Internet

Jelly Bean Versi Pembangunan Untuk Galaxy Note Tertiris Ke Internet

Diterbitkan pada Okt 24, 2012 oleh .

…masih tidak begitu stabil.Samsung sebelum ini telah pun mengumumkan yang mana kemaskini Android 4.1 Jelly Bean untuk Galaxy Note, dan walaupun pihak Samsung masih belum melancarkannya kepada umum lagi buat masa ini, ia tidak menghentikan daripada versi pembangunannya tertiris ke internet.

Daripada hasil ujian pengguna awal, ia dilaporkan yang mana buat masa ini, versi yang tertiris ini tidak begitu stabil, dan masih mempunyai pelbagai masalah padanya.

Namun, sekiranya anda masih ingin mencubanya, mungkin boleh mendapatkannya daripada XDA-Developer hari ini, dan menggunakannya pada Galaxy Note generasi pertama.


TIPS & ULASAN