Adakah Ini Gambar Akhir LG Nexus 4 Yang Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan?

Adakah Ini Gambar Akhir LG Nexus 4 Yang Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan?

Diterbitkan pada Okt 24, 2012 oleh .

Google dijangka akan mengumumkan Android 4.2 bersama-sama beberapa peranti Nexus pada minggu hadapan, dan salah satu peranti yang mula kelihatan sejak beberapa minggu lepas adalah LG Nexus 4, dan terkini sebuah gambar akhir baru dikongsikan oleh @EVLeaks.

Sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang pengesahan berkenaan spesifikasi dan sebagainya. Dan daripada rekabentuk akhir yang kelihatan, ia tidak jauh berbeza dengan apa yang dipertontonkan sebelum ini. Peranti ini turut sama menyertakan jenama Nexus pada bahagian belakangnya, salah satu penjenamaan peranti yang menerima sokongan langsung daripada Google.

LG Nexus 4 ini dilaporkan bakal membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan resolusi 1280×768 pixel, serta dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras padanya. Ia juga turut akan dilengkapi dengan kamera 8-megapixel, dan juga memori sebanyak 2GB RAM.

Mungkin kita akan mendengar harga dan tarikh jualannya ketika ia diumumkan dan dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN