Dengan Windows 8 yang bakal dilancarkan esok, nampaknya, Microsoft akan menumpukan seluruh fokus mereka terhadapnya, dan kini dilaporkan Microsoft seperti tidak akan mengeluarkan kemaskini Service Pack kedua untuk Windows 7.
Namun, untuk para pengguna Windows 7, Microsoft akan terus memperkenalkan kemaskini sekuriti dan keselamatan untuk Windows 7 setiap bulan, sehingga sokongan untuknya ditamatkan.
Mengikut jadual Microsoft, Windows 7 akan disokong sehingga tahun 2015 kelak, tetapi untuk Service Pack pertama yang diperkenalkan pada tahun lepas, ia akan disokong sehingga 2013 sahaja. Jikalau mengikut jadual pembangunan, kebiasaannya, Microsoft akan mula dalam fasa bersedia memperkenalkan Service Pack baru ketika ini untuk Windows 7.
Untuk sistem operasi Windows XP, ia menerima SP2 selepas tiga tahun ia dilancarkan, sementara untuk Vista pula, ia menerima selepas lebih kurang 2 tahun ia dilancarkan.