Carian
Skype 6.0 Diperkenalkan Dengan Integrasi Akaun Facebook Dan Akaun Microsoft
October 24, 2012 Aman

Selain daripada versi Windows 8 yang diperlihatkan sebelum ini, nampaknya, Skype masih memperkenalkan kemaskini kepada pengguna sedia ada, terkini telah pun mengeluarkan Skype 6.0 untuk para pengguna Windows dan juga Mac.

Pada Skype 6.0, ia membawakan sokongan integrasi akaun Facebook dan Microsoft, membolehkan para pengguna menggunakan perkhidmatan Skype melalui akaun tersebut, tanpa perlu log masuk menggunakan akaun Skype seperti biasa. Perkara ini sekaligus memudahkan para pengguna hanya sekadar ingat satu akaun sahaja untuk pengurusan ID internet mereka.

Selain daripada itu, untuk para pengguna Mac pula, Skype 6.0 membawakan sokongan tambahan, berupa sokongan paparan Retina untuknya.


Komen