iPad “Baru” Kini Dijual Pada Harga Serendah RM1379

iPad “Baru” Kini Dijual Pada Harga Serendah RM1379

Diterbitkan pada Okt 25, 2012 oleh .

Dengan pengumuman pihak Apple semalam berkaitan dengan iPad generasi keempat dengan spesifikasi dan beberapa ciri-ciri baru, kini pengedar barangan Apple tempatan, iaitu Machines telah pun mengubah harga jualan untuk iPad generasi ketiga, yang turut dikenali sebagai iPad Baru sebelum ini.

iPad generasi ketiga ini kini dijual pada harga berula RM1379, memperlihatkan penurunan harga sebanyak RM120. Sebelum ini, ketika mula dijual pada bulan April yang lepas, iPad generasi ketiga ini dijual pada harga RM1499 untuk versi paling asas.

Pada awal pagi semalam, Apple selain daripada memperkenalkan iPad generasi keempat yang menyertakan cip pemprosesan lebih berkuasa dan port Lightning, Apple juga turut sama memperkenalkan iPad Mini bersaiz 7.9-inci daripada mereka. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah kedua-dua peranti iOS terbaru ini akan hadir ke pasaran.


TIPS & ULASAN