Cari @ Amanz

Dengan pelbagai peranti Windows 8 yang bakal diperkenalkan dari minggu-minggu akan datang, kini Sony Malaysia mengumumkan yang mana peranti hibrid antara komputer riba dan juga tablet – Sony VAIO Duo 11 akan dijual di Malaysia pada harga RM3999.

Sony VAIO Duo 11 ini menggunakan Windows 8 padanya, membolehkan anda menjalankan pelbagai jenis perisian dan aplikasi, seperti mana pada komputer biasa.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan Intel, memori sebanyak 4GB RAM, dan membawakan skrin bersaiz 11.6-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, dan ruangan storan sebanyak 128GB padanya. Ia turut sama menyertakan sokongan kamera pada bahagian hadapan dan juga belakang, selain turut disertakan sokongan stylus Digitizer. Sokongan asas lain seperti pembaca kad memori, sokongan HDMI, dan pelbagai perkara lain turut disertakan bersama-sama dengannya.

Sony Malaysia bakal mula menjual Sony Vaio Duo 11 ini di Malaysia bermula bulan November kelak, pada harga RM3999. Peranti Windows 8 lain daripada Sony juga dijangka akan dijual dalam masa yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd