Carian
WinMetro Membawakan Antaramuka Metro Kepada Pengguna Windows 7 Dan Sebelumnya
October 25, 2012 Aman

Pada Windows 8, salah satu perubahan drastik adalah dari segi penggunaan antaramukanya, yang mana dikenali sebagai ModernUI (Metro). Selain beberapa aplikasi dan tema yang terdapat dipasaran membawakan pengalaman penggunaan yang sama, kini, salah satu perisian yang memudahkan anda menggunakannya adalah WinMetro.

WinMetro membawakan antaramuka seumpama Windows 8 kepada para pengguna sistem operasi Windows yang terdahulu, sekaligus memberikan para pengguna idea berkenaan bagaimanakah kelak ianya akan kelihatan dan beroperasi.

Walaupun penggunaan pada WinMetro ini adalah masih terhad buat masa ini, ia beroperasi tanpa sebarang masalah, dan memberikan elemen antaramuka Windows 8 kepada para pengguna. Aplikasi ini juga turut memudahkan akses antara skrin desktop utama dan juga halaman WinMetro, dimana para pengguna hanya perlu mengerakkan tetikus mereka ke penjuru kiri-bawah komputer mereka, dan akan diperlihatkan dengan pilihan tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun WinMetro secara percuma hari ini, dan mencubanya.

Komen