Lebih 40,000 aplikasi boleh diakses pengguna Malaysia
Windows Phone, nampaknya semakin lama semakin menerima lebih banyak sokongan daripada para pembangun seluruh dunia, dimana mengikut statistik terkini yang dikeluarkan penganalisa bebas, ia dikatakan terdapat lebih daripada 126,000 telah diterbitkan pada Windows Phone Marketplace.
Ia memperlihatkan perkembangan positif, dimana telah meningkat sekali ganda berbanding hanya 50,000 aplikasi pada penghujung tahun yang lepas. Namun, seperti semua sedia maklum, ia masih jauh dibelakang beberapa platform mudah-alih yang lain, iaitu iOS dan juga Android.
Untuk para pengguna tempatan pula, ia kelihatan terdapat lebih daripada 40,000 aplikasi yang boleh dimuat-turun dan digunakan pada Windows Phone mereka.
Microsoft mungkin akan mengeluarkan angka rasmi untuk aplikasi Windows Phone ini ketika pelancaran dan pengumuman rasmi Windows Phone 8 pada minggu hadapan.