Carian
Jumlah Peranti Android Bakal Melangkaui Windows Menjelang 2016?
October 25, 2012 Aman

Microsoft telah memegang pasaran perkomputeran selama dua dekad. Adakah ia akan berterusan?Walaupun Windows 8 mahupun Windows Phone 8 belum dilancarkan secara rasmi buat masa ini, namun, ia tidak menghentikan para penganalisa hadir dengan pelbagai kajian baru. Terkini, Gartner mengatakan yang mana pengeluaran komputer tradisional akan berkurangan bermula tahun ini, sekaligus memberikan kesan negatif kepada Windows.

Microsoft sendiri akan memperkenalkan Windows 8 yang dioptimasikan bukan sahaja untuk komputer biasa, tetapi turut sama untuk tablet dan sebagainya.

Namun, menurut penganalisa – Gartner – ia disasarkan peranti yang menggunakan Windows akan mencapai sebanyak 1.5 bilion peranti menjelang penghujung tahun ini, dan Android pula dijangka melangkaui angka 600 juta.

Dan sekiranya trend ini berterusan, angka peranti yang menggunakan Android dijangka akan mencapai angka 2.3 bilion menjelang penghujung tahun 2016 kelak, berbanding hanya 2.28 bilion peranti Windows.

Semestinya, ia masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi, memandangkan Microsoft sendiri telah bercadang untuk menghabiskan sejumlah wang untuk pengiklanan dan pemasaran Windows 8 dan juga Windows Phone 8 bermula minggu hadapan.

Komen