Windows 8 Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Semua

Windows 8 Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Semua

Diterbitkan pada Okt 25, 2012 oleh .

Pelancaran rasmi Malaysia pada 29 OktoberHari ini, Microsoft secara rasminya telah pun memperkenalkan dan mengumumkan Windows 8 untuk para pengguna di Asia Pasifiik, membolehkan ia didapati daripada pasaran tempatan bermula esok, 26 Oktober 2012.

Windows 8, seperti semua sedia ketahui, ia membawakan antaramuka yang serba baru, dan ditawarkan bersama-sama pelbagai peranti baru, bukan sahaja komputer riba dan juga desktop, tetapi turut sama didatangkan dengan tablet dan pelbagai peranti dengan sokongan sentuh padanya.

Windows 8 - Pelancaran Asia PasifikSistem operasi terbaru daripada Microsoft ini akan ditawarkan dalam dua versi, iaitu Windows 8 dan juga Windows 8 Pro, manakala Windows RT hanya didatangkan bersama-sama tablet berasaskan ARM.

Selain daripada antaramuka baru, ia turut sama menyertakan beberapa aplikasi baru bersama-sama dengannya, termasuk Internet Explorer 10, integrasi SkyDrive, serta beberapa aplikasi seumpama Windows Phone, seperti People (hub komunikasi mengintegrasikan emel, Facebook, LinkedIN, Messenger dan Twitter), Photos (galeri gambar dan video), dan juga Xbox Music dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, untuk memudahkan para pengguna mendapatkan perisian baru dan memasangnya pada komputer, Microsoft turut sama memperkenalkan Windows Store bersama-sama dengan Windows 8. Beberapa aplikasi daripada pembangun dan syarikat tempatan telah pun sedia terdapat di Windows Store, termasuk The Star Online, Air Asia dan juga iProperty.

Bagi para pengguna Windows sedia ada, iaitu Windows XP, Vista ataupun Windows 7, anda boleh mengemaskini dan menaik taraf ke Windows 8 Pro pada harga $14.99 (sekitar RM 45), manakala Windows 8 boleh didapatkan pada harga promosi $39.99 (sekitar RM 120) atau $69.99 (sekitar RM 212) untuk versi fizikal. Walaubagaimanapun, harga rasmi untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN