Cari @ Amanz

Adakah Windows 9 akan menggunakan antaramuka baru?Setelah sekian lama ramai yang tertanya-tanya apakah yang nama baru antaramuka Windows 8 setelah Microsoft mula menghentikan penggunaan nama Metro, kini secara rasminya, ia dilaporkan akan dikenali dengan nama Windows 8 UI.

Sebelum ini, Microsoft turut sama menggunakan nama ModernUI untuk seketika, dan nampaknya, kini Micrsoft hadir dengan nama akhir, dan akan menamakannya ia sebagai Windows 8 UI, dan aplikasi akan dikenali sebagai “Windows App” ataupun “Windows 8 App”.

Jadi, semestinya ini akan menghadirkan persoalan kepada ramai pengguna, adakah Windows selepas ini (Windows 9?) akan menggunakan antaramuka baru?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd