Cari @ Amanz

Dengan Windows 8 yang bakal dilancarkan dalam beberapa minit lagi secara rasminya, kini Microsoft telah pun menerbitkan halaman rasmi Windows untuk para pengguna Malaysia yang mana boleh diakses menggunakan URL Windows.MY.

Memandangkan ianya merupakan laman khas untuk Windows, maka produk yang difokuskan semestinya Windows 8, dimana para pengguna boleh membandingkan fungsi baru, melihat apakah yang dibawakan oleh Windows 8, disamping memuat-turun atau membeli sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini. Beberapa siri video juga disediakan membolehkan anda mengetahui apakah yang bakal dibawakan oleh Microsoft melalui Windows 8.

Namun, buat masa ini, ia kelihatan harga yang diperlihatkan masih lagi dalam harga USD, dan tidak digantikan lagi dengan ringgi Malaysia. Kami telah menghubungi pihak Microsoft dan akan mengemaskini dengan harga jualan tempatan dalam masa terdekat.

Tips daripada Omar

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd