Sistem Operasi Windows 7 Telah Terjual Lebih 670 Juta Lesen Sejak Tiga Tahun Lepas

Sistem Operasi Windows 7 Telah Terjual Lebih 670 Juta Lesen Sejak Tiga Tahun Lepas

Diterbitkan pada Okt 26, 2012 oleh .

SkyDrive menyimpan lebih 11 billion gambar padanya.Dengan pelancaran Windows 8, semestinya salah satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah berkenaan dengan statistik semasa daripada pihak Microsoft.

Menurut Microsoft, Windows 8 versi pembangunan sahaja (Developer Preview pada September 2011, Consumer Preview pada Februari 2012, Release Preview pada Mei 2012) telah terpasang sebanyak lebih 16 juta kali, dan semestinya angka ini akan meningkat dengan drastik bermula daripada pelancaran Windows 8 hari ini.

Selain daripada itu, berkaitan dengan Windows 7 pula, ia dilaporkan sebanyak 670 juta lesen untuk pengguna dan juga perniagaan telah terjual sejak ia dilancarkan tiga tahun yang lepas.

Perkhidmatan storan awan Microsoft juga kelihatan menerima peningkatan positif, mempunyai lebih kurang 200 juta pengguna yang menyimpan data, dengan lebih 11 billion gambar disimpan padanya.

Kedua-dua angka, iaitu angka pemasangan Windows 8 dan juga SkyDrive dijangka akan meningkat dengan drastik, apatah lagi Windows 8 yang meningtegrasikan SkyDrive dengan mendalam padanya.


TIPS & ULASAN