Cari @ Amanz

Nampaknya, Microsoft telah pun memulakan era baru mereka, dimana selain daripada iklan Surface sebelum ini, kini mereka turut sama hadir dengan iklan terbaru, dinamakan sebagai “Surface Is Here”.

Iklan terbaru ini turut sama mendapat maklumbalas positif daripada para pengguna, memperlihatkan kaedah pemasaran Microsoft akhir-akhir ini agak menarik minat para pengguna seluruh dunia.

Sebelum ini, melalui iklan yang dimuat-naik oleh Microsoft pada minggu lepas, ia turut sama mendapat maklumbalas positif, disamping penganalisa bebas mengatakan ianya merupakan iklan tablet terbaik buat tahun ini.

Namun, apa yang agak mengecewakan adalah ia masih tidak diketahui bilakah Surface akan tiba untuk pasaran Malaysia. Mungkin kita akan dapat jawapan untuknya ketika pelancaran Windows 8 di Malaysia pada Isnin hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd