Cari @ Amanz

Surface Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Microsoft

Oleh Aman

Link Copied!

Masih tidak diketahui berkenaan pelancaran rasmi di MalaysiaSurface merupakan salah satu tablet daripada Microsoft yang mana dinantikan ramai pengguna seluruh dunia sejak ia pertama kali diperkenalkan oleh Microsoft. Dan hari ini, bersama-sama pelancaran Windows 8, Microsoft turut sama melancarkan Surface kepada umum.

Surface membawakan skrin bersaiz 10.6-inci padanya, dilengkapi dengan sokongan port USB, selain turut menyertakan kamera hadapan dan belakang. Surface juga didatangkan dengan bahagian belakang yang boleh dibuka, untuk mendirikan peranti tersebut, supaya memudahkan para pengguna menggunakannya bersama-sama papan kekunci, ataupun menonton video menggunakannya.

[amanz-gallery]

Spesifikasi Surface RT
Sistem Operasi Windows RT
Skrin 10.6-inci ClearType HD (1366×768 pixel)
Storan 32GB/64GB. Sokongan mikroSD dan USB 2.0
CPU NVIDIA Tegra 3 empat-teras.
Memori 2GB RAM
Kamera 2 kamera depan belakang HD 720p LifeCams

Dari segi binaan badan, Microsoft bertindak berani dengan memperlihatkannya dengan menjatuhkan tablet Surface ini dikhalayak ramai, dan tiada sebarang kesan kerosakkan yang hadir padanya. Menurut Microsoft, mereka telah mengujinya dengan menjatuhkan pada lebih 72 sudut sebelum ia dipasarkan pada hari ini.

Salah satu aksesori tambahan pada Surface adalah “Touch Cover”. Ia selain daripada hanya menjadi pelindung luar skrin, ia turut sama didatangkan dengan kekunci pada bahagian dalamnya, membolehkan anda menggunakan Touch Cover sebagai papan kekunci fizikal untuk Surface. Touch Cover ini juga turut sama dilengkapi dengan sokongan magnetik yang agak unik, membolehkan ia dipasang pada Surface, dan kekal kukuh, dimana walaupun dipegang pada bahagian Touch Cover sahaja, Surface tidak mudah tertanggal daripadanya.

Surface yang diperkenalkan oleh Microsoft buat masa ini adalah versi Surface RT, dan versi Pro dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Bersama-sama dengan Surface RT, ia turut sama menyertakan Office 2013 RT kepada para pengguna, membolehkan mereka menggunakan perisian pejabat dengan mudah pada tablet mereka itu.

Surface juga turut sama dilengkapi dengan sokongan mikro-SD, membolehkan para pengguna dengan mudah menambah ruangan storan tambahan, selain mana didatangkan dengan port USB, yang mana membolehkan Surface dihubungkan dengan sebarang peranti berasaskan dengannya, termasuk pencetak dan juga kamera digital.

Tiada sebarang Surface ketika pelancaran Windows 8 Asia PasifikWalaupun ia tidak diketahui bilakah akan tiba di Malaysia, Microsoft mengumumkan harga jualannya kelak adalah $499 (sekitar RM1550) untuk versi 32GB, salah satu harga jualan yang agak kompetitif berbanding pesaing mereka yang lain dengan ruangan storan serupa.


Komen ()