Gambar Buku Panduan Samsung Nexus 10 Tertiris Ke Internet

Gambar Buku Panduan Samsung Nexus 10 Tertiris Ke Internet

Diterbitkan pada Okt 26, 2012 oleh .

Google Nexus 10 telah diperkatakan sejak beberapa minggu lepas, dilaporkan akan dilancarkan bersama-sama dengan Samsung, membawakan skrin resolusi tinggi padanya dengan paparan 2560×1600 pixel padanya.

Menariknya, kini, sebuah gambar dokumen baru hadir ke arena Internet, diperkatakan sebagai panduan untuk Nexus 10 kelak, menyertakan beberapa gambar padanya, memperlihatkan beberapa rekabentuk yang menyerupai Galaxy Note 10.1.

Ia tidak diketahui sama ada gambar panduan ini adalah yang asli ataupun tidak.

Google dijangka akan mengumumkan beberapa perkara baru berkenaan Android 4.2 dan juga peranti Nexus baru pada Selasa hadapan.


TIPS & ULASAN