Segalanya Berkenaan Pengumuman Microsoft – Windows 8, Surface

Segalanya Berkenaan Pengumuman Microsoft – Windows 8, Surface

Diterbitkan pada Okt 26, 2012 oleh .

Pelancaran rasmi di Malaysia pada 29 OktoberMicrosoft, telah pun memulakan era baru perkomputeran mereka, dengan melancarkan sistem operasi generasi baru, Windows 8 yang mana didatangkan bersama-sama dengan antaramuka serba baru yang dioptimasikan bukan sahaja untuk skrin sentuh, tetapi turut sama untuk penggunaan desktop biasa. Perkara ini membolehkan ia digunakan pada pelbagai variasi peranti, daripada desktop kepada tablet dan sebagainya.

Bersama-sama dengan itu, Microsoft turut sama telah mengumumkan tablet yang dibangunkan sendiri oleh mereka, dinamakan sebagai Surface. Namun, buat masa ini, ia masih tidak diketahui sepenuhnya bilakah Surface akan dilancarkan kepada para pengguna di Malaysia.


TIPS & ULASAN