Pocket Untuk Mac Diperkenalkan – Sedia Untuk Dimuat-Turun

Pocket Untuk Mac Diperkenalkan – Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 26, 2012 oleh .

Bagi para pengguna yang gemar menggunakan peranti mereka untuk membaca pelbagai artikel yang panjang, mungkin sedia mengenali akan aplikasi Pocket yang ditawarkan untuk Android dan juga iOS. Kini, pembangunnya turut sama memperkenalkan aplikasi sama untuk para pengguna Mac OS X.

Sama seperti untuk yang lain, Pocket untuk Mac ini membawakan sokongan pembacaan secara offline, kebolehan memainkan video, membaca tanpa sebarang gangguan, serta sync dengan pelbagai peranti milik anda.

Pocket untuk Mac turut sama membawakan antaramuka yang dioptimasikan, dimana pada bahagian kiri ia memperlihatkan senarai artikel untuk dibaca, manakala pada bahagian kanan pula, para pengguna boleh membacanya tanpa sebarang gangguan daripada iklan dan sebagainya yang selalunya terdapat pada laman web.

Bagi para pengguna Mac yang berminat, boleh memuat-turun ia secara percuma daripada Mac App Store hari ini, dan menggunakannya dalam pembacaan artikel harian anda.

Muat-Turun Pocket Untuk Mac


TIPS & ULASAN