Apple Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Lagu Atas-Talian Pada Awal 2013?

Diterbitkan pada Okt 26, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple boleh dikatakan agak berjaya dengan perkhidmatan jualan muzik mereka melalui iTunes, dan kini beberapa spekulasi awal mula hadir, mengatakan Apple kelak akan menawarkan perkhidmatan penstriman lagu mereka tersendiri, sekaligus bersaing dengan beberapa nama lain, termasuk Spotify, Pandora, Zune dan sebagainya.

Mengikut apa yang dilaporkan oleh Bloomberg, perkhidmatan terbaru ini dijangka akan diperkenalkan oleh Apple pada suku tahun pertama 2013 kelak. Ia diperkatakan Apple sedang dalam perbincangan akhir dengan pelbagai syarikat pengedar muzik, dan mungkin akan selesai sepenuhnya sekitar pertengahan bulan ini kelak.

Sekiranya benar, maka kita mungkin akan dapat melihat aplikasi khas untuk iPhone, iPod Touch dan juga iPad diperkenalkan untuknya.

Penstriman (Streaming) – Proses penghantaran data dalam aliran berterusan dan tetap yang membenarkan pengguna mencapai dan menggunakan fail sebelum ia dihantar sepenuhnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami