Tim Cook Menganggap Microsoft Surface Adalah Produk Yang “Mengelirukan”

Tim Cook Menganggap Microsoft Surface Adalah Produk Yang “Mengelirukan”

Diterbitkan pada Okt 26, 2012 oleh .

Sementara Microsoft yang memulakan promosi dan penjualan produk terbaru mereka, Surface RT, CEO Apple pula, hadir dengan kenyataan tersendiri ketika pengumuman berkenaan kewangan Apple semalam.

Daripada apa yang dikatakan beliau, daripada apa yang dibaca daripada ulasan awal di internet dan sebagainya, Surface dikatakan sebagai salah satu produk yang agak memeningkan. Walaubagaimanapun, Cook turut mengaku beliau masih belum menggunakan ataupun mencuba Surface buat masa ini, dan mengeluarkan pendapat berdasarkan apa yang dibaca di arena internet.

Pendapat awal berkaitan tablet daripada Microsoft Surface daripada para pengulas, mengatakan walaupun ia didatangkan dengan binaan yang agak berkualiti, namun pilihan aplikasi untuk versi RT masih kurang buat masa ini. Namun, perkara ini adalah salah satu perkara yang dijangka memandangkan Windows 8 sendiri dilancarkan secara rasminya semalam bersama-sama dengan Windows Store.

Windows RT, berbeza dengan Windows 8 atau Windows 8 Pro, tidak membolehkan pemasangan aplikasi luar, dan hanya membolehkan para pengguna memasang aplikasi yang terdapat daripada Windows Store sahaja. Ia juga didatangkan dengan sokongan desktop yang terhad, dan lebih memfokuskan kepada penggunaan antaramuka Windows 8 (Metro).

Selain daripada Surface RT yang telah mula dijual, Micorosft juga bakal hadir dengan Surface Pro yang menjalankan Windows 8 sepenuhnya tidak lama lagi. Mungkin penggunaan versi Windows yang berbeza ini agak memeningkan pengguna buat masa awal ini.


TIPS & ULASAN