Angry Birds Space Dilancarkan Untuk Windows 8

Angry Birds Space Dilancarkan Untuk Windows 8

Diterbitkan pada Okt 26, 2012 oleh .

Angry Birds Space telah pun sekian lama ditawarkan untuk platform iOS dan juga Android, dan bersama-sama pelancaran Windows 8 semalam, kini Rovio turut sama menawarkannya untuk para pengguna Windows 8 melalui Windows Store.

Angry Birds Space ini ditawarkan pada harga $4.99 untuk para pengguna Windows 8, yang mana boleh dimuat-turun terus daripada Windows Store dengan mudah. Ia membawakan sokongan bukan hanya untuk pengguna desktop sahaja, tetapi turut sama dioptimasikan untuk para pengguna tablet, termasuk yang menggunakan Windows RT (berasaskan cip ARM).

Mungkin selepas ini, lebih banyak permainan daripada Rovio akan hadir ke Windows Store. Sementara itu, bagi yang berminat, boleh mendapatkan Angry Birds Space daripada Windows Store hari ini.

Muat-Turun Angry Birds Space Dari Windows Store


TIPS & ULASAN