Cari @ Amanz

Dengan kejayaan Grand Theft Auto III yang diperkenalkan untuk Android dan iOS sebelum ini, kini Rockstar Games turut sama mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan Grand Theft Auto : Vice City untuk para pengguna Android dan iOS tidak lama lagi.

Pelancaran dan pengenalan versi Android dan iOS ini adalah bersempena dengan ulang-tahun ke 10 Grand Theft Auto : Vice City sejak diperkenalkan pada 29 Oktober 2002 yang lepas.

Rockstar turut sama mengatakan yang mana mereka akan menawarkan permainan penuh yang didatangkan dengan tambahan pengoptimasian untuk platform iOS dan juga Android.

Mungkin lebih banyak maklumat, termasuk tarikh pelancarannya akan dikongsikan oleh Rockstar dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd