Cari @ Amanz

Salah satu masalah besar yang dihadapi platform Android adalah bilangan malware yang ditawarkan dalam bentuk aplikasi. Mengikut statistik terkini, bilangan malware untuk Android meningkat sebanyak 580% sejak daripada September 2011 ke September 2012.

Angka ini boleh dikatakan antara yang tertinggi. Namun, menurut penganalisa, angka ini adalah daripada aplikasi yang ditawarkan secara berasingan dan bukannya yang ditawarkan melalui Google Play Store.

Tetapi, pada masa yang sama, ia dilaporkan terdapat lebih 175 juta muat-turun aplikasi daripada Google Play dikategorikan sebagai berbahaya, dimana ia mungkin boleh mencuri data peribadi, mengakses lokasi, melihat data pelayaran web dan sebagainya, dan masih membawa bahaya kepada para pengguna. Perkara ini dikatakan berlaku disebabkan beberapa pembangun yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan pihak ketiga yang menawarkan kaedah pengiklanan yang agak berbahaya, sekaligus memberikan efek negatif kepada aplikasi yang ditawarkan.

Bagi para pengguna Android, yang ingin mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sebarang aplikasi berbentuk malware, pastikan anda sentiasa memuat-turun dan mendapatkan aplikasi hanya daripada Google Play Store, dan baca terlebih dahulu kebenaran yang diberikan untuk setiap aplikasi dan data apa yang diakses olehnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd