HTC Mula Memperkenalkan Kemaskini Jelly Bean Untuk Pengguna One X Di Asia

HTC Mula Memperkenalkan Kemaskini Jelly Bean Untuk Pengguna One X Di Asia

Diterbitkan pada Okt 27, 2012 oleh .

Dengan pelancaran HTC One X+ untuk rantau Asia Tenggara yang bakal diadakan pada penghujung minggu hadapan, nampaknya HTC mempunyai lagi satu berita gembira untuk para pengguna peranti mereka di Asia, dimana HTC mengatakan para pengguna HTC One X di Asia akan mula menerima kemaskini Jelly Bean bermula hari ini.

HTC One X akan menerima Android 4.1.2 melalui sokongan OTA padanya, yang mana akan menawarkan antaramuka baru HTC iaitu HTC Sense 4+, selain turut membawakan platform Jelly Bean yang berfungsi dengan lancar tanpa sebarang lengah masa, serta membawakan sokongan Google Now padanya.

Namun, HTC masih tidak berkongsi akan sebarang maklumat berkenaan ia akan dimulakan daripada negara apa. Ia akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna One X dalam minggu-minggu akan datang, sebelum pengguna One S diperkenalkan dengan kemaskini serupa beberapa minggu selepasnya.


TIPS & ULASAN