Samsung Mengeluarkan Lebih 56.9 Juta Telefon Pintar Pada Suku Tahun Ketiga 2012

Samsung Mengeluarkan Lebih 56.9 Juta Telefon Pintar Pada Suku Tahun Ketiga 2012

Diterbitkan pada Okt 27, 2012 oleh .

Lebih dua kali ganda berbanding AppleDengan lebih ramai pengguna yang mula menggunakan telefon pintar, ia turut sama membawa kepada persaingan kepada para pengeluar peranti, dan mengikut statistik terkini, ia kelihatan Samsung mendahului pelbagai pesaing yang lain dengan mengekalkan kedudukan mereka di tangga pertama untuk pengeluar telefon pintar.

Satu daripada tiga telefon pintar adalah berjenama SamsungMengikut laporan kajian Strategy Analytics, ia dikatakan Samsung kini memegang pasaran telefon pintar sebanyak 35% dengan lebih 56.9 juta telefon pintar yang dikeluarkan pada suku tahun lepas. Angka tersebut adalah sebahagian daripada 162 juta telefon pintar yang terjual sepenuhnya diseluruh dunia pada suku tahun lepas.

Pesaing terdekat Samsung, iaitu Apple hanya menjual lebih kurang separuh daripada itu sahaja, iaitu sejumlah 26.9 juta peranti pada suku tahun yang lepas, dan memegang sebanyak 16.6% pasaran telefon pintar seluruh dunia. Pengeluar-pengeluar yang lain masih jauh dibelakang, dan apabila digabungkan angka jualan Apple dan juga Samsung, ia melangkaui lebih daripada separuh telefon pintar yang terjual di pasaran pada suku tahun yang lepas.


TIPS & ULASAN