Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini kita dapat melihat gambar awal peranti LG Nexus 4, kini lagi satu peranti Nexus yang diperkatakan bakal diperkenalkan, iaitu Samsung Nexus 10 turut sama mula kelihatan di arena web.

Google dijangka akan mengumumkan peranti ini secara rasminya pada hari Selasa kelak, bersama-sama beberapa peranti yang lain dan juga Android 4.2.

Mengikut laporan awal, Samsung Nexus 10 ini dikatakan bakal membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, GPU Mali T604, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan terbina sebanyak 16GB, skrin seluas 10.1-inci Super AMOLED dengan paparan 2560×1600 pixel, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, dan juga sokongan NFC terbina padanya.

Namun, untuk mengetahui sama ada ianya benar ataupun tidak, mungkin kita boleh nantikan pengumuman rasmi Google pada hari Selasa hadapan. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd