Adakah Ini Panel Pengecasan Tanpa Wayar Untuk Peranti Nexus?

Adakah Ini Panel Pengecasan Tanpa Wayar Untuk Peranti Nexus?

Diterbitkan pada Okt 27, 2012 oleh .

Adakah panel pengecasan tanpa wayar akan popular pada tahun hadapan?Selain daripada Nokia yang baru-baru ini hadir dengan panel pengecasan tanpa wayar mereka, nampaknya Google turut sama memperkenalkan sokongan panel pengecasan tanpa wayar untuk peranti yang bakal diumumkan pada minggu hadapan, iaitu LG Nexus 4.

Ia dikatakan LG Nexus 4 akan menawarkan aksesori tambahan untuk peranti mereka, berupa kerangka luar yang didatangkan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar. Mungkin juga peranti-peranti Nexus yang lain turut akan menawarkannya, namun tiada sebarang maklumat mengenainya.

Namun, untuk gambar peranti yang kelihatan ini, ia masih ragu-ragu adakah akan kelihatan seperti ini, ataupun ia hanya sekadar gambar palsu sahaja. Semestinya segalanya akan terjawab pada acara Google pada hari Selasa ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN