Cari @ Amanz

Dalam perkembangan dunia web dan internet, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah kelahiran semula perkhidmatan MegaUpload. Setelah dimatikan awal tahun 2012 ini, ia telah melalui pelbagai fasa, dan Kim DotCom sendiri telah mengatakan akan hadir dengan perkhidmatan yang lebih baik lagi.

Kini, melalui akaun Twitter beliau, Kim berkongsi mengatakan perkhidmatan terbaru yang dipanggil sebagai “Mega” buat masa ini, akan hadir dan dilancarkan secara rasmi pada ulang-tahun pertama penutupan perkhidmatan MegaUpload.

Tarikh 19 Januari 2013 bakal mencatat sejarah di arena InternetJadi, mengikut jadual, kita akan dapat melihat perkhidmatan tersebut dilancarkan semula pada Januari 2013 kelak, yang mana akan membawakan beberapa perubahan dan penambah-baikkan kepada perkhidmatan perkongsian tersebut. Perkhidmatan baru ini kelak dijangka akan membawa bukan sekadar perkongsian fail sahaja, tetapi turut sama membuka API untuk para pembangun, membolehkan ia diintegrasikan kepada pelbagai perkhidmatan lain, termasuk emel, VoIP dan sebagainya.

Sebelum ini, sebelum perkhidmatan MegaUpload dimatikan pihak berkuasa, ia diakses oleh lebih 50 juta pengguna seluruh dunia setiap hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd