Cari @ Amanz

..akan melangkaui angka 10,000 dalam sehari dua lagi.Nampaknya, bermula dengan pelancaran Windows 8 semalam, bilangan aplikasi yang diterbitkan pada Windows Store untuk para pengguna Windows 8 dan juga Windows RT meningkat dengan mendadak, mencapai lebih daripada 9,000 aplikasi padanya.

Dan dengan trend ini, kita mungkin akan dapat melihat ia melangkaui angka 10,000 aplikasi dalam masa sehari dua sahaja lagi, sekaligus memberikan pelbagai tawaran untuk para pengguna sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini.

Untuk para pengguna Windows 8, selain daripada apa yang ditawarkan melalui Windows Store, mereka juga turut sama boleh mendapatkan dan memasang perisian dan aplikasi yang ditawarkan oleh pihak ketiga, dengan menggunakan fail berbentuk .exe dan sebagainya.

Buat masa ini, beberapa perisian popular, seperti pemain media, muzik, pengeditan gambar dan sebagainya masih belum diterbitkan di Windows Store, dan mungkin akan hadir dalam masa beberapa minggu lagi. Namun, para pengguna masih boleh memuat-turunnya dan memasang pada Windows 8 mereka secara berasingan dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd