Cari @ Amanz

Dapatkan kembali Google anda!Dengan pelancaran Windows 8 yang memfokuskan kepada penggunaan internet dan sebagainya, kini Google hadir dengan kempen baru, memasarkan aplikasi Google Search untuk Windows 8 bersama-sama pelayar web Chrome mereka.

Seperti semua sedia maklum, pada Windows 8, aplikasi Internet Explorer 10 digunakan sebagai pelayar web utama, disamping Bing untuk enjin cariannya. Google ingin memecahkan monopoli ini, dengan kini meminta pengguna mendapatkan kembali Google pada Windows 8 mereka.

Mungkin juga dengan kempen ini, kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi Windows 8 ditawarkan oleh Google, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang menarik untuk pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd