Cari @ Amanz

Windows 8, seperti kebanyakkan system operasi di luar sana, didatangkan dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai tetapan utamanya, namun para pengguna boleh mengubahnya dengan mudah kepada bahasa Malaysia.

Untuk mengubah ke bahasa Malaysia, para pengguna hanya perlu membuka Charm Bar mereka (bar pada bahagian kanan), kemudiannya pada kotak carian taip “Language” dan kemudiannya pilih bahagian tetapan. Anda kemudiannya akan melihat pilihan “Add a Language” padanya, dan pilih menu tersebut.

Pada tetingkap baru yang dibuka, ia akan memperlihatkan hanya satu bahasa sebagai bahasa utama pada computer anda. Untuk menambah bahasa Malaysia, buat pilihan “Add a Language” pada menu, dan buat pilihan bahasa Melayu padanya.

Pada menu bahasa Melayu, sebanyak dua pilihan disediakan, iaitu bahasa Melayu (Brunei) dan juga bahasa Melayu (Malaysia). Buat pilihan mengikut citarasa anda, dan tekan butang “Add”.

Ia akan membawa kembali ke menu utama, dimana pilihan bahasa Melayu akan disediakan. Namun, untuk menggunakannya, para pengguna perlu memuat-turun “Language Pack” terlebih dahulu, yang mana sekitar 3.5 MB lebih saiznya. Klik dua kali pada pilihan bahasa tersebut, dan kemudiannya muat-turun “Language Pack” yang disediakan.

Proses muat-turun akan berlaku dan ia akan sambung kepada pemasangan secara automatic.

Akhirnya, anda akan diminta untuk log keluar, dan masuk kembali. Selesai sahaja log masuk, anda akan dapat menikmati Windows 8 sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd