Mozilla Menghantar Kek Kepada Microsoft Untuk Menyambut IE10

Mozilla Menghantar Kek Kepada Microsoft Untuk Menyambut IE10

Diterbitkan pada Okt 27, 2012 oleh .

Persaingan sihat yang positifWalaupun Mozilla dan juga Microsoft bersaing sengit dalam pasaran pelayar web, namun, mereka mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan tahniah untuk sesuatu pelancaran. Jikalau sebelum ini, Microsoft sering menghantar kek untuk pelancaran versi baru Firefox, kini Mozilla juga membuat perkara sama untuk pelancaran IE10.

Microsoft sebelum ini, bermula sejak pelancaran Firefox 2, mereka sering menghantar sebuah kek khas untuk pasukan pembangun Firefox, mengucapkan tahniah. Namun, sejak daripada pelancaran Firefox yang lebih pantas, mereka mengubah ia kepada cupcake, dan masih menyertakan mesej yang sama.

Sebagai balasan untuk kek Mozilla ini, pasukan pembangun IE turut menghantar tweet beserta gambar, dan mengatakan mereka tidak sabar melihat pelayar web Firefox untuk Windows 8.


TIPS & ULASAN